Produk & Perkhidmatan
 
Modul latihan yang dibangunkan dan pendekatan yang digunakan adalah bersifat holistik, multi-dimensi dan kontemporari. Falsafah program latihannya juga menggabungkan secara sinergi antara prinsip asas dan teras ajaran Islam dengan pendekatan latihan yang terkini.
 
Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. juga menawarkan modul yang berasaskan pembangunan kemahiran interpersonal dan profesional yang merangkumi bidang:
  • Pentadbiran dan Pengurusan,
  • Budaya Korporat,
  • Pembinaan Regu Kerja,
  • Pengurusan Perniagaan,
  • Penilaian Prestasi diri dan Organisasi,
  • Penghayatan Nilai-nilai Teras,
  • Khidmat Pelanggan dan lain-lain lagi.
Modul teras Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. berfokuskan pada perubahan sikap menerusi perubahan dalaman yang berasaskan penyuburan dan pemantapan sistem keyakinan (Tauhid). Produk utamanya ialah Program Perkasa Diri yang mengandungi tiga modul utama:
  • Kesedaran Pencetus Perkasa Diri,
  • Pembentukan Asas Perkasa Diri dan
  • Kepimpinan Teras Perkasa Diri.

Di samping Program Perkasa Diri, kami juga menyediakan modul-modul kemahiran dan kompetensi di antaranya Program Penghayatan Nilai-nilai Teras, Perhubungan Pelanggan dan lain-lain modul yang diperlukan oleh pelanggan.