| |
Modul Perkasa Diri Remaja adalah satu modul yang dirangka khas kepada golongan remaja masa kini yang bertujuan untuk memperbetulkan semula cara berfikir berpandukan kepada halatuju hidup yang sebenar. Modul ini memberikan fokus kepada beberapa pengisian penting antaranya Bagaimana Untuk Menjadi Pelajar Yang Baik dan Cerdik, Apakah Visi dan Misi Hidup Yang Sebenar, Belajar Sebagai Ibadah, Penghalang-penghalang Dalam Hidup yang menyebabkan mereka gagal dalam hidup.
|
Modul Bina Pasukan (Strengthening of Ukhuwwah)merupakan satu modul 'Teambuilding' yang diubahsuai mengikut pendekatan Islam. Modul ini menekankan beberapa aspek yang perlu ditekankan iaitu merangkumi Bagaimana Untuk Melahirkan Mukmin Profesional,Bagaimana Untuk Merubah Sikap, Visi dan Misi Hidup Mukmin, dan Pembentukan Regu Kerja. Pendekatan modul ini menggunakan pendekatan 'belief system' dan 'tauhidic minded' iaitu pembentukkan sesuatu pasukan atau organisasi mestilah ditunjangkan kepada Allah s.w.t.
|
Modul Generasi XYZ- Parenting dan Keluarga merupakan satu modul khusus untuk pembentukan keluarga yang bahagia. Modul ini direka khas yang mana pengisiannya adalah berteraskan modul asas Fitrah Perkasa Sdn Bhd.Antara pengisian dalam modul ini ialah bagaimana untuk melahirkan Mukmin Profesional, Menjelaskan Visi dan Misi Diri dan Keluarga, Bagaimana Untuk Memastikan Rumahtangga Sebagai Gelanggang Ibadah, Siapakah Ibu bapa Derhaka, Kaedah Pendidikan Kanak-kanak dan Bagaimana Melahirkan Keluarga Bahagia.
|
Modul Penghayatan AMANAH Dalam Profesion adalah modul terbaru pada tahun 2010 yang mana telah dijalankan kepada staf Bank Rakyat. Modul ini adalah memfokus kepada bagaimana untuk melahirkan nilai amanah dalam profesion dengan menghayati beberapa elemen yang diterapkan antaranya Penghayatan Doa, Arah Hidup (Hidayah), Tujuan Hidup (Ibadah), Jalan Hidup (Syariat),Dorongan Hidup (Bahagia),Bengkel AMANAH,Penghalang Hidup (Dosa), Akhir Hidup (Mati).Para peserta dibawa untuk menghayati mengenai peta kehidupan sebenar agar dapat diterapkan dalam profesion seterusnya memberikan satu paradigma /cara berfikir yang baru iaitu melihat hidup ada tujuan sebenar dan jelas Visi & Misi Hidup mereka.
.
|
Modul Penghayatan NILAI Menerusi Solat merupakan satu modul yang dirangka khas selepas modul yang pertama iaitu Kesedaran Pencetus Perkasa Diri (KPPD). Modul ini menekankan aspek-aspek pembentukan diri dan nilai menerusi penghayatan kepada kesempurnaan solat.Penekanan terhadap kesempurnaan solat adalah kunci utama kepada pembentukan nilai-nilai yang murni dalam diri individu seterusnya menyumbang kepada pembentukan sahsiah individu tersebut.Dalam modul ini juga diterangkan bagaimana untuk mendapatkan solat yang sempurna melalui penekanan aspek khusyuk,rasa dalam solat,dan kesempurnaan solat.
.
|
|
|
|
|
|