logo nav01nav02Modul LatihanKhidmat KamiPelanggan KamiHubungi Kami
a 01a 02a 03a 04a 05a 06a 07
 
 
UiTM Dungun 3

Pada 21 Ogos 2010 yang lalu, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Universiti Institut Teknologi MARA Cawangan Dungun untuk melaksanakan program kepada mahasiswa Jurusan Akaun, Businness dan Banking melalui modul Hakikat Sebuah Cinta. Program ini telah dilaksanakan di Dewan Aspirasi, UiTM Dungun. Peserta yang telah melalui program ini adalah seramai 420 orang mahasiswa. Modul yang telah disampaikan adalah mengenai hakikat sebenar sebuah cinta yang hakiki serta menjelaskan Visi & Misi Hidup sebagai seorang pelajar. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan para peserta amat berpuas hati dengan program ini dan mendapat suntikan motivasi yang amat berguna bagi mereka menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa.

PPZ

Bermula 7-8 Ogos 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Pusat Pungutan Zakat Wilayah untuk melaksanakan program kepada peserta remaja. Program ini telah dilaksanakan di Masjid Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan. Para peserta yang telah menghadiri program ini ialah seramai 47 lelaki dan 54 perempuan. Modul yang telah dilalui oleh para peserta ialah Perkasa Diri Remaja iaitu menjelaskan Visi & Misi Hidup serta menjelaskan tujuan hidup sebagai seorang pelajar dan hamba Allah di muka bumi. Para peserta amat berpuas hati dengan program yang telah dilaksanakan serta pihak penganjur iaitu Pusat Pungutan Zakat Wilayah juga berpuas hati dengan program yang telah dilaksanakan dan mencadangkan kepada pihak Fitrah Perkasa untuk melaksanakan lagi program ini pada tahun hadapan.

JIMAH

Bermula 3-5 Ogos 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak JIMAH Energy Ventures Sdn Bhd untuk melaksanakan modul kepada kakitangan mereka. Modul yang telah dilaksanakan merupakan modul kedua selepas semua kakitangan mereka telah melalui modul yang pertama iaitu Kesedaran Pencetus Perkasa Diri (KPPD). Modul yang mereka lalui ialah Pembentukan Asas Perkasa Diri (PAPD). Program ini telah dilaksanakan di Impiana Beach Resort, Cherating, Pahang. Peserta yang telah menghadiri program adalah seramai 30 lelaki dan 6 perempuan. Modul ini lebih menekankan aspek pembentukan diri melalui pemantapan solat dan nilai syarikat seterusnya diaplikasikan dalam kerjaya mereka. Di akhir program ini, para peserta amat berpuas hati dan mendapat input yang baru dalam diri mereka.

LTAT

Bermula 30 Julai- 1 Ogos 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Lembaga Tabung Angkatan Tentera untuk melaksanakan modul kepada kakitangan mereka. Program ini telah dilaksanakan di Seri Pengantin Resort, Janda Baik, Bentong. Modul yang telah dilaksanakan ialah Kesedaran Pencetus Perkasa Diri (KPPD). Peserta yang telah hadir adalah seramai 6 lelaki dan 23 perempuan. Pengisian utama modul ini ialah ke arah menjelaskan Visi & Misi Hidup seterusnya menjelaskan peranan kehidupan manusia di muka bumi ini. Di akhir program ini, para peserta amat berpuas hati dan mendapat suntikan baru dalam kehidupan mereka.

Bank Rakyat

Bermula 27-29 Julai 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad untuk melaksanakan program kepada kakitangan Bank Rakyat. Program telah dilaksanakan di Excel Training Resort, Lenggeng. Peserta yang hadir adalah seramai 16 lelaki dan 6 perempuan. Modul yang telah dilaksanakan ialah Penghayatan Nilai R.A.K.Y.A.T Melalui Solat yang mana menekankan aspek kesempurnaan solat seterusnya dapat melahirkan Nilai-nilai R.A.K.Y.A.T. Di akhir program, para peserta amat berpuas hati dengan pengisian program dan mendapat motivasi yang baru bagi memperbaiki mutu kerjaya mereka bersama Bank Rakyat.

Remaja Sarawak

Bermula 23-25 Julai 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Yayasan Sarawak untuk melaksanakan program kepada peserta remaja seramai 90 orang peserta. Program telah dilaksanakan di Yayasan Sarawak selama 3 hari 2 malam. Modul yang telah dilalui oleh para peserta ialah Perkasa Diri Remaja. Antara pengisian modul tersebut ialah Bagaimana Untuk Menjadi Pelajar Cerdik dan Baik, Menjelaskan Visi & Misi Hidup, Mengetahui Penghalang Hidup dan Pengakhiran Hidup. Di akhir program, para peserta amat berpuas hati dan mendapat motivasi untuk meneruskan karier sebagai pelajar.,

TelBru

Bermula 20-22 Julai 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Telekom Brunei (TelBru) untuk melaksanakan modul kepada kakitangan Telekom Brunei (TelBru). Program ini telah dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula 20-22 Julai 2010. Peserta yang telah hadir ialah seramai 19 lelaki dan 14 perempuan. Modul yang telah dilaksanakan ialah modul Kesedaran Pencetus Perkasa Diri (KPPD) iaitu merupakan modul asas. Antara pengisian modul ini ialah Mengenai Mukmin Profesional, Visi & Misi Hidup, Kerja Sebagai Ibadah, Penghalang Hidup & Pengakhiran Hidup. Di akhir program ini, para peserta amat berpuas hati dan mendapat input yang baru untuk meneruskan kehidupan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan Telekom Brunei (TelBru).

Hospital Baling

Bermula 13-15 Julai 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Hospital Baling, Kedah untuk melaksanakan program kepada kakitangan mereka melalui modul Kesedaran Pencetus Perkasa Diri (KPPD). Program ini telah dilaksanakan di Dewan Sri Indah, Hospital Baling, Kedah. Peserta yang hadir adalah seramai 19 lelaki dan 37 perempuan. Modul ini merupakan modul asas yang menekankan mengenai Visi & Misi Hidup. Di akhir program, peserta amat berpuas hati dengan program yang telah dilaksanakan dan mendapat satu suntikan motivasi yang baru bagi meneruskan kehidupan dengan lebih baik seterusnya dapat melaksanakan tugas mereka di Hospital Baling dengan lebih sempurna.

PJ Bumi

Bermula 6-8 Julai 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad untuk melaksanakan program kepada kakitangan mereka melalui modul Penghayatan Nilai RAKYAT Melalui Solat. Program ini telah dilaksanakan di Excel Training Resort, Broga Lenggeng, Negeri Sembilan. Peserta yang telah menghadiri program ini adalah seramai 20 lelaki dan 7 perempuan. Modul ini menekankan aspek penghayatan solat dan bagaimana untuk memastikan solat yang dilaksanakan sempurna seterusnya dapat melihat bagaimana solat dapat melahirkan Nilai RAKYAT. Di akhir program tersebut, para peserta amat berpuas hati dengan program yang telah dilaksanakan dan mereka mendapat satu suntikan semangat baru untuk meneruskan karier mereka di Bank Rakyat.

PJ Bumi

Bermula 2-4 Julai 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak PJ Bumi Berhad untuk melaksanakan program kepada kakitangan PJ Bumi Berhad bertempat di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat.Peserta yang terlibat adalah seramai 27 orang lelaki dan 19 orang perempuan.Peserta telah melalui modul Kesedaran Pencetus Perkasa Diri iaitu merupakan modul pertama kepada kakitangan PJ Bumi Berhad. Modul ini lebih menekankan asas kepada menjelaskan Visi & Misi Hidup sebagai seorang muslim yang tahu tujuan dan keperluan hidup di dunia. Di akhir program, para peserta meluahkan rasa amat bersyukur kerana dapat melalui modul ini seterusnya menyedarkan mereka tujuan sebenar kehidupan mereka di dunia ini seterusnya ingin menyumbang ke arah kebaikan organisasi.

Takaful Ikhlas

Bermula 25-27 Jun 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Takaful Ikhlas Sdn Bhd untuk melaksanakan program kepada kakitangan Takaful Ikhlas dengan menggunakan modul kedua iaitu Pembentukan Asas Perkasa Diri (PAPD). Program ini telah dilaksanakan di Seri Pengantin Resort, Janda Baik, Bentong selama 3 hari 2 malam. Peserta yang hadir adalah seramai 17 lelaki dan 18 perempuan. Modul yang dilalui oleh peserta adalah menekankan aspek pembentukan diri melalui pemantapan solat dan mengetahui apakah elemen-elemen yang penting untuk menghasilkan solat yang khusyuk. Di akhir kursus ini, para peserta amat berpuas hati dengan program yang telah dilaksanakan dan mendapat satu motivasi baru dalam diri.

Bank Rakyat Solat Excel

Bermula 22-24 Jun 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad untuk melaksanakan program kepada kakitangan Bank Rakyat. Para peserta telah mengikuti modul Penghayatan Nilai RAKYAT Melalui Solat iaitu merupakan modul ke 4 bagi seluruh kakitangan Bank Rakyat. Peserta yang menghadiri program ini adalah seramai 12 orang lelaki dan 12 orang perempuan. Modul ini lebih menekankan bagaimana untuk menghasilkan solat yang khusyuk seterusnya dapat melahirkan insan yang berguna bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga kepada majikan. Program ini berakhir dengan jayanya dan para peserta amat berpuas hati kerana dapat menghadiri program ini.

Shorefield

Bermula 18-20 Jun 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Shorefield Sdn Bhd untuk melaksanakan program kepada kakitangan Shorefield Sdn Bhd. Program ini telah dilaksanakan di Santubong Resort dan dihadiri oleh peserta seramai 73 orang. Program ini telah melaksanakan modul Kesedaran Pencetus Perkasa Diri dan ini merupakan modul asas. Program ini telah berjalan dengan jayanya dan semua para peserta amat berpuas hati dengan program yang telah dijalankan.

Takaful Ikhlas

TLDM

BAKAT LAUT

UNITEN 8 Jun

Bermula 8 Jun 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah dimanahkan oleh pihak Pusat Pengajian Islam & Peradaban UNITEN untuk melaksanakan modul Bengkel Pemantapan Solat Siri 2 kepada kakitangan UNITEN. Program ini telah dilaksanakan bertempat di dewan Masjid UNITEN. Peserta yang telah menghadiri kursus ini adalah seramai 19 lelaki dan 17 perempuan. Antara pengisian dalam Bengkel ini ialah Acuan Allah,Iman, Bengkel Makna & Rasa, dan praktikal solat khusyuk. Kursus ini telah berjalan dengan baik dan para peserta memberikan respon yang positif terhadap program yang telah dilaksanakan.

Di Mana DIA

Umrah 3

Bermula 1 Jun 2010 sehingga 15 Jun 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd dengan kerjasama Rakyat Travel Sdn Bhd melaksanakan program Umrah Kembara Matahati (UKMH).Bilangan peserta Umrah Kembara Matahati pada kali ini ialah seramai 28 orang dan ini merupakan sesi yang ke-6 bersama Rakyat Travel Sdn Bhd. Modul Umrah Kembara Matahati adalah suatu modul yang membawa para peserta untuk menghayati dengan lebih mendalam roh sejarah berkenaan sirah-sirah perjuangan dan tempat-tempat sejarah peninggalan Islam di sepanjang perjalanan umrah. Mereka bersama salah seorang fasilitator Fitrah Perkasa iaitu Ustaz Mohammad Nasib Zawawi sebagai mutawif dan mereka dijangka pulang pada 15 Jun 2010. Semoga semua para peserta Umrah Kembara Matahati dapat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna dan pulang ke Malaysia dengan selamat, amin.

Penulisan Buku

Bengkel Penulisan Buku Islami akan diadakan pada 29 & 30 Mei 2010 bertempat di Astana Karya, Kota Damansara. Bengkel ini dianjurkan oleh pihak Galeri Ilmu Sdn Bhd. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk melahirkan ramai lagi bakal-bakal penulis dalam penulisan Islami seterusnya menyuburkan lagi dunia penulisan dan ilmu-ilmu Islam. Bengkel ini terhad kepada 30 orang peserta sahaja. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM220 seorang. Makan minum, sijil dan cenderahati akan diberikan kepada peserta bengkel. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi 03-6142 1614 (Sdr Nasri/Cik Suriati).

Asnaf 29 Mei

Pada 29-30 Mei 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh Akademi Lembaga Zakat Selangor untuk mengadakan program kepada peserta asnaf sekitar daerah Klang melalui Modul Hijrahku Bina Insan. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Kem El-Azzhar, Morib. Peserta yang hadir adalah seramai 7 lelaki dan 25 perempuan dan jumlah keseluruhan dicampur dengan peserta remaja ialah 79 orang. Modul yang telah dilaksanakan menekankan aspek kerohanian dan pembinaan jatidiri para peserta ke arah melahirkan insan yang bertakwa. Beberapa orang peserta telah membuat luahan rasa mengenai program yang telah dilalui dan bercita-cita untuk keluar dari golongan asnaf dan juga bersyukur kerana telah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya mengenai solat berjemaah.

Bank Rakyat Solat

Pada 25-27 Mei 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad untuk melaksanakan modul Penghayatan Nilai RAKYAT Menerusi Solat kepada kakitangan HQ Bank Rakyat. Peserta yang hadir adalah seramai 13 orang lelaki dan 11 orang perempuan. Program ini telah dilaksanakan di Hotel Residence UNITEN selama 3 hari 2 malam. Program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memupuk penghayatan nilai RAKYAT ke dalam diri para peserta menerusi penghayatan solat seterusnya dapat dilaksanakan dalam karier mereka sebagai kakitangan Bank Rakyat.

TH Plantations Bhd 2

Pada 17 - 19 Mei 2010 yang lalu, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Tabung Haji Plantations Bhd untuk melaksanakan modul Kesedaran Pencetus Perkasa Diri (KPPD) kepada warga kerja TH Plantations Bhd. Program ini telah dijalankan di Seri Pengantin Resort, Janda Baik, Bentong. Peserta yang hadir adalah seramai 17 orang lelaki. Antara pengisian program ini ialah Bagaimana Untuk Melahirkan Mukmin Profesional, Kesedaran Untuk Merubah Sikap, Menjelaskan Visi & Misi Peribadi & Organisasi, Kerja Sebagai Ibadah, Penghalang-penghalang Dalam Hidup, Pengakhiran Hidup.

Unit Manager

Pada 17 - 18 Mei 2010 yang lalu, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Takaful Ikhlas Sdn Bhd untuk mengendalikan progam kepada Unit Manager Takaful Ikhlas melalui modul Kecerdasan Spiritual dan Kepimpinan Berkesan. Program ini telah dilaksanakan di Selesa Beach Resort dan dihadiri oleh peserta seramai 30 orang. Antara pengisian modul ini ialah Hidayah Sebagai Arah Hidup,Menjelaskan Visi dan Misi Hidup,Peranan Ikhlas Dalam Profesionalisme, Dorongan Hidup (Bahagia),Bengkel Kerja Sebagai Ibadah, Penghalang-penghalang Dalam Hidup, Pengakhiran Hidup. Program ini berakhir dengan jayanya dan para peserta meluahkan rasa yang amat bertuah kerana telah dapat menghadiri program ini dan berazam untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik.

Unit Manager

Pada 14 - 16 Mei 2010 yang lalu, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) untuk melaksanakan program kepada warga kerja Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Program ini telah dilaksanakan di Kem Impian Rimba Resort, Hulu Langat. Program ini telah dihadiri oleh peserta seramai 54 orang yang terdiri daripada warga kerja Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Antara pengisian modul yang disampaikan ialah Bagaimana Untuk Melahirkan Mukmin Profesional, Kesedaran Untuk Merubah Sikap, Menjelaskan Visi & Misi Peribadi & Organisasi, Bagaimana Menjadikan Kerja Sebagai Ibadah, Penghalang-penghalang Dalam Hidup, Pengakhiran Hidup. Antara yang turut hadir sebagai peserta iaitu Puan Fatimah selaku Pengarah Pusat Perundingan & Latihan IKIM, Ustaz Nik Ruskiman selaku Pengarah Penerbitan Radio IKIM FM dan juga beberapa orang DJ IKIM FM. Pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia amat berpuas hati dengan program yang telah dilaksanakan dan ingin meneruskan kerjasama antara pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia dengan pihak Fitrah Perkasa Sdn Bhd untuk program-program akan datang.

BAKAT LAUT

Pada 14 - 16 Mei 2010 yang lalu, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Badan Kebajikan Tentera Laut Kuantan untuk mengadakan modul ke 2 iaitu Solat Mekanisme Pembentukan Diri kepada ahli Badan Kebajikan Tentera Laut (BAKAT LAUT).Modul yang telah dilaksanakan ialah modul yang kedua selepas mereka telah menghadiri modul yang pertama iaitu Kursus Kesedaran Pencetus Perkasa Diri (KPPD). Peserta yang hadir ialah di antara ahli BAKAT LAUT Kuantan iaitu terdiri daripada isteri-isteri Tentera Laut Kuantan dan juga SELWA. Antara pengisian modul ini ialah Penghayatan Ibadah, Ulangkaji KPPD, Acuan allah (Pembentukan Diri), Iman (Syarat Awal Pembentukan Diri), Penghayatan Ibadah 2, Bengkel Solat 1(Makna Bacaan), Bengkel Solat 2 (Mekanisme Khusyuk), Karektor Daripada Kelakuan Dalam Solat.

Agen Takaful

Pada 12 - 13 Mei 2010 yang lalu, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Takaful Ikhlas Sdn Bhd untuk melaksanakan satu modul khas kepada semua Pengurus-pengurus Agensi Takaful Ikhlas Sdn Bhd. Modul yang telah dijalankan ialah Kecerdasan Spiritual dan Kepimpinan Berkesan. Peserta yang hadir adalah seramai 31 lelaki dan 7 perempuan. Program ini telah dijalankan di Permaisuri Resort, Port Dickson. Antara pengisian modul ini ialah Hidayah, Visi & Misi Hidup, Ikhlas Dalam Profesionalisme, Dorongan Hidup (Bahagia), Bengkel, Penghalang Hidup dan Pengakhiran Hidup. Di akhir program tersebut, semua para peserta memberikan respon yang positif terhadap input yang diberikan dan amat memberikan kesan kepada mereka.

Asnaf 8 Mei

Pada 8-9 Mei 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh Akademi Lembaga Zakat Selangor untuk mengadakan program kepada peserta asnaf sekitar daerah Klang melalui Modul Hijrahku Bina Insan. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Kem Warisan, Sg. Sembilang, Pantai Remis, Selangor. Peserta yang hadir adalah seramai 10 lelaki dan 20 perempuan. Modul yang telah dilaksanakan menekankan aspek kerohanian dan pembinaan jatidiri para peserta ke arah melahirkan insan yang bertakwa. Beberapa orang peserta telah membuat luahan rasa mengenai program yang telah dilalui antaranya Kak Lin mengatakan bahawa beliau bercita-cita untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan tentang Iman dan Islam dan cita-citanya tercapai apabila telah menghadiri program ini. Seorang lagi peserta iaitu Puan Asmawati memberitahu bahawa Allah s.w.t telah memudahkan urusannya untuk menghadiri kursus ini walaupun beliau seorang ibu tunggal yang mempunyai 6 orang anak yang masih kecil dan beliau dapat merasai hikmah apabila menghadiri program ini iaitu kepayahan seorang ibu untuk membesarkan anak agar berjaya dunia dan akhirat.

IQ Terengganu

Pada 8 Mei 2010 yang lalu, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak MPP Institut Quran Terengganu untuk mengadakan program Motivasi Perkasa Diri Remaja kepada para pelajar Institut Quran Terengganu. Para peserta yang hadir adalah seramai 30 lelaki dan 130 perempuan. Program ini berlangsung di dewan Institut Quran Terengganu selama 1 hari bermula 8.30 pagi sehingga 6.00 petang. Antara pengisian program ini ialah Bagaimana Untuk Melahirkan Mukmin Profesional iaitu Pelajar Yang Baik dan Cerdik, Menjelaskan Visi & Misi Hidup, Belajar Sebagai Ibadah dan Mengetahui Penghalang-penghalang Dalam Hidup. Program ini telah dikendalikan oleh 2 orang fasilitator iaitu Ustaz Hashim Ahmad dan Mohammad Arif Razali.Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan memberikan kesan yang positif kepada semua para peserta melalui luahan rasa yang diberikan oleh para peserta. Pihak penganjur berharap agar program seperti ini diadakan lagi pada masa terdekat kerana pendekatan dan pengisian yang diberikan amat baik kepada para peserta.

Bedah Buku

SMK SSAAS

Pada 6 Mei 2010 yang lalu, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk mengisi Program Remajaku anjuran Panatia Pendidikan Islam. Tajuk yang disampaikan dalam sesi ceramah tersebut ialah Remajaku, Indahnya Jalan Ke Syurga. Fasilitator yang terlibat dalam sesi ceramah tersebut ialah Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan Mohammad Arif Razali. Program tersebut telah dihadiri oleh semua pelajar muslim tingkatan 1 dan 2 seramai lebih kurang 300 orang. Tajuk yang disampaikan mengajak para pelajar untuk membetulkan semula cara berfikir mereka ke arah menghayati kehidupan sebagai pelajar muslim dan melihat hidup untuk membuat kebaikan.

Motivasi Pagi

Switchgear 2

Pada 30 April- 2 Mei 2010 yang lalu, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Tenaga Switchgear iaitu anak syarikat kepada TNB untuk menjalankan kursus kepada semua kakitangan mereka dan program kali ini merupakan base yang kedua selepas base yang pertama sebelum ini.Kakitangan Tenaga Swithgear telah melalui kursus yang pertama dan asas iaitu Kursus Kesedaran Pencetus Perkasa Diri bertempat di Seri Pengantin Resort, Janda Baik, Bentong Pahang. Para peserta yang hadir adalah seramai 32 orang lelaki dan 8 orang wanita. Di akhir program ini, para peserta memberikan luahan rasa berkenaan input yang diperolehi dan semuanya melahirkan rasa gembira kerana pertama kali menghadiri program sebegini yang menjelaskan tujuan hidup sebenar dan bagaimana untuk menjelaskan Visi & Misi Hidup sebagai seorang mukimin.

Switchgear 1

Pada 23-25 April 2010 yang lalu, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak Tenaga Switchgear iaitu anak syarikat kepada TNB untuk menjalankan kursus kepada semua kakitangan mereka dan program kali ini merupakan base yang pertama dan base kedua akan menyusul pada hujung minggu ini.Kakitangan Tenaga Swithgear telah melalui kursus yang pertama dan asas iaitu Kursus Kesedaran Pencetus Perkasa Diri bertempat di Seri Pengantin Resort, Janda Baik, Bentong Pahang. Para peserta yang hadir adalah seramai 28 orang lelaki dan 12 orang wanita. Di akhir program ini, para peserta memberikan luahan rasa berkenaan input yang diperolehi dan semuanya melahirkan rasa gembira kerana pertama kali menghadiri program sebegini yang menjelaskan tujuan hidup sebenar dan bagaimana untuk menjelaskan Visi & Misi Hidup sebagai seorang mukimin.

UIA Parenting

Pada 20-21 April yang lalu, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan oleh pihak MSD Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk menjalankan satu modul berkenaan Parenting Skill iaitu Generasi XYZ - Parenting dan Keluarga. Kursus ini adalah khusus kepada kakitangan UIAM. Kursus ini diadakan di Dewan Mini Auditorium, UIAM. Peserta yang telah menghadiri kursus ini adalah seramai 116 orang. Antara pengisian kursus ini ialah Bagaimana Untuk Melahirkan Mukmin Profesional, Visi dan Misi Diri dan Keluarga, Bagaimana Untuk Memastikan Rumahtangga Sebagai Gelanggang Ibadah, Siapakah Ibu bapa Derhaka, Kaedah Pendidikan Kanak-kanak dan Bagaimana Melahirkan Keluarga Bahagia.

TH Plantations Bhd

Pada 19-21 April 2010 yang lalu, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah menjalankan kursus kepada staf-staf TH Plantations Bhd bertempat di Seri Pengantin Resort, Janda Baik, Bentong Pahang. Para peserta telah melalui modul Kesedaran Pencetus Perkasa Diri iaitu modul yang pertama dan asas.Peserta yang hadir adalah seramai 27 orang yang mana terdiri daripada staf-staf yang baru dan lama dan daripada seluruh cawangan di seluruh negeri.Progam ini telah memberikan satu cetusan kesedaran yang baru kepada para peserta seterusnya membuka satu lembaran baru dalam melaksanakan kerja-kerja mereka di TH Plantations Bhd. Di akhir program, beberapa orang peserta telah meluahkan rasa hati mereka iaitu apa yang mereka perolehi sepanjang program yang mana keseluruhan mereka mengatakan bahawa program ini amat berguna kepada mereka. Urusetia program iaitu Tn. Hj. Mohd Yusof B. Nawang merangkap Pegawai Human Resources TH Plantations Bhd memberikan komen mengenai program ini iaiatu beliau amat berpuas hati pada modul ini kerana ia banyak memberikan manfaat dunia dan akhirat kepada semua anggota TH Plantations Bhd.

TH Plantations Bhd

Pada 17-18 April 2010, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diamanahkan untuk mengendalikan modul Hijrahku Bina Insan oleh Akademi Lembaga Zakat Selangor kepada golongan asnaf sekitar Kuala Langat bertempat di El-Azzhar, Morib. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam yang mana pengisian modul ini adalah ke arah untuk mengubah paradigma para asnaf untuk hidup kepada 'memberi'. Para peserta yang mengikuti kursus ini adalah seramai 92 orang iaitu 15 peserta lelaki, 42 peserta wanita, dan 35 kanak-kanak. Di akhir kursus, beberapa orang peserta kursus telah memberikan luahan rasa mengenai apa yang mereka perolehi antaranya mereka terkesan dengan solat jemaah sepanjang program, dan mendapat jawapan sebenar kenapa dianugerahkan anak OKU iaitu Allah ingin berikan sesuatu yang terbaik untuk mereka.

UNITEN 1

Pada 15 April 2010 yang lalu,Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah diberikan amanah untuk mengisi satu program khusus kepada staf UNITEN iaitu berkenaan Kursus Pemantapan Solat.Kursus ini dianjurkan oleh pihak Pusat Pengajian Islam & Peradaban UNITEN khusus kepada staf UNITEN.Kursus ini dijalankan di Dewan Pusat Pengajian Islam & Peradaban UNITEN yang mana telah dihadiri oleh peserta lelaki seramai 18 orang dan peserta wanita seramai 17 orang. Antara pengisian kursus ini ialah penekanan berkenaan Keindahan Solat,Erti dan Makna Bacaan Solat dan Cara Mendapat Khusyuk Dalam Solat.

Asnaf 10-11 April

Pada 10-11 April 2010 yang lalu, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah mengadakan program kepada peserta Asnaf kawasan Kuala Langat yang dianjurkan oleh Akademi Lembaga Zakat Selangor.Peserta telah melalui modul Hihrahku Bina Insan yang mana pengisiannya untuk menyedarkan para asnaf kepada pegangan agama dalam kehidupan danjuga yakin untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik. Program ini diadakan di Bakaugruv Kampong Resort, Tanjung sepat yang mana dihadiri oleh peserta lelaki seramai 16 orang dan peserta wanita seramai 37. Sepanjang program ini berlangsung, para peserta telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik serta mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang telah dijalankan.

Pembimbing Haji

Pada 11-12 April yang lepas,Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah mengadakan satu kursus khas kepada Pembimbing Ibadat Haji anjuran Lembaga Tabung Haji.Kursus ini diadakan adalah untuk memberikan latihan dan bimbingan kepada pembimbing-pembimbing ibadat haji mengenai kemahiran yang perlu bagaimana untuk membimbing para peserta ibadah haji. Kursus ini dihadiri oleh peserta seramai 67 orang. Di akhir kursus ini, para peserta telah mendapat gambaran jelas bagaimana untuk menjadi 'Mukmin Profesional' seterusnya dapat membimbing para peserta ibadah haji dengan sempurna. Semoga mereka mendapat input yang berguna daripada kursus dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan dan kerjaya mereka, amin.

Hospital Baling

Pada 6-8 April 2010 yang lepas, Fitrah Perkasa Sdn Bhd telah menjalankan kursus Kesedaran Pencetus Perkasa Diri (KPPD) kepada para peserta Hospital Baling, Kedah. Kursus ini telah dianjurkan oleh pihak Hospital Baling iaitu dihadiri oleh staf-staf dari Hospital Baling, Hospital Silk dan Hospital Langkawi. Program ii telah berjalan selama 3 hari 2 malam bertempat di Hospital Baling, Kedah. Peserta yang menghadiri kursus tersebut adalah seramai 67 orang. Di akhir kursus tersebut, para peserta telah mendapat satu input yang baru mengenai Visi & Misi Hidup yang jelas dan tepat dan juga dapat mempraktikkan kerjaya mereka sebagai satu ibadah dalam kehidupan seharian. Semoga mereka semua akan terus mempraktikkan ilmu yang telah diperolehi dan seterusnya meningkatkan kualiti kerja mereka,amin.

Asnaf 3-4 April

Satu program kesedaran perlunya hidup bertuhan telah dijalankan di Kem Lembah Azwen, Hulu Selangor pada 3 dan 4 April 2010. Program anjuran Akademik Zakat Selangor ini mendapat sambutan baik daripada ketua keluarga golongan Asnaf sekitar Daerah Banting. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini disertai oleh 27 orang dewasa daripada 13 buah keluarga, dan 35 orang remaja dan kanak-kanak. Peserta disambut dan dirai kehadiran mereka semasa ketibaan di kem latihan. Taklimat berkenaan perjalanan kursus dan kawasan penginapan disampaikan kepada peserta. Terdapat 2 kategori pendidikan latihan diberikan sepanjang latihan. Pertama , aktiviti indoor yang berlaku di dalam dewan dan surau membabitkan ceramah, soal jawab, serta aktiviti perbincangan dan penyelesaian masalah secara berkumpulan. Kedua aktiviti outdoor, pembelajaran di luar dewan, peserta melalui satu sesi permainan menarik dimana setiap kumpulan perlu memastikan mereka dapat mengumpul keputusan yang terbaik. Kupasan dan olahan permainan diterjemahkan mengikut nilai kehidupan sebenar. Di penghujung program, timbul perasaan terharu dari peserta apabila membuat luahan rasa menyatakan ingin berusaha bersungguh-sungguh untuk keluar dari kepompong asnaf dan bertukar menjadi golongan penyumbang zakat.

Peserta Umrah

Pada 3 April 2010 yang lalu, Fitrah Perkasa Sdn Bhd dengan kerjasama Rakyat Travel Sdn Bhd telah menjalankan program sehari sebelum berangkat menunaikan umrah kepada para peserta Umrah Kembara Matahati bertempat di Empress Hotel, Salak Tinggi, Sepang.Bilangan peserta Umrah Kembara Matahati pada kali ini ialah seramai 36 orang dan ini merupakan sesi yang ke-5 bersama Rakyat Travel Sdn Bhd. Program sehari yang dijalankan adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri para peserta mengenai matlamat sebenar umrah dan bagaimana untuk menjadikan umrah sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan bagaimana umrah tersebut diiktiraf sebagai ibadah kepada-Nya. Antara tajuk kuliah pengisian dalam program tersebut ialah 6 Takah Kehidupan & Visi & Misi Hidup, Penghayatan Ibadah & Hidup Sebagai Ibadah, Penghalang-penghalang Dalam Hidup. Para peserta bertolak ke KLIA pada pukul 10.30 malam daripada hotel dan penerbangan mereka adalah pada pukul 1.00 pagi. Mereka bersama salah seorang fasilitator Fitrah Perkasa iaitu Ustaz Mohammad Nasib Zawawi sebagai mutawif dan mereka dijangka pulang pada 17 April 2010. Semoga semua para peserta Umrah Kembara Matahati dapat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna dan pulang ke Malaysia dengan selamat, amin.

Umrah

Umrah Kembara Matahati adalah salah satu modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd yang telah dilaksanakan kepada beberapa organisasi antaranya TH Travel dan Rakyat Travel.Modul ini dirangka khas dengan gabungan modul asas Kesedaran Pencetus Perkasa Diri dan diadaptasikan kepada umrah. Modul Umrah Kembara Matahati adalah siri umrah yang mana mempunyai pengisian yang cukup bermakna iaitu para peserta akan diberikan input-input sebelum, semasa dan selepas umrah tersebut yang mana pada akhir sesi umrah tersebut para peserta akan jelas Visi & Misi Hidup yang sebenar seterusnya dapat mencelikkan matahati untuk lebih dekat dengan pencipta manusia iaitu Allah s.w.t. Umrah Kembara Matahati kali ini merupakan siri ke-5 anjuran bersama Rakyat Travel Sdn Bhd yang mana motivator yang akan bersama para peserta ialah Ustaz Mohammad Nasib B Zawawi. Umrah kembara Matahati ini berlangsung selama 15 hari bermula 3 April 2010 sehingga 17 April 2010.

LTAT

Kursus Kesedaran Pencetus Perkasa Diri telah diadakan kepada organisasi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Seri Pengantin,Janda Baik, Bentong Pahang. Peserta adalah seramai 43 orang yang mana terdiri daripada staf daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).Program ini adalah anjuran LTAT kali ke kedua yang mana program yang pertama telah berjaya dilaksanakan pada bulan November 2009.Programi ini dihadiri oleh 2 orang pemerhati luar dan salah seorang daripadanya ialah Ustaz Nik Ruskiman, Fellow di PPLI IKIM FM.Di akhir program ini, para peserta telah meluahkan rasa hati mereka mengenai program ini dan secara keseluruhannya mereka amat berpuas hati dengan program ini dan mendapat satu suntikan baru dalam diri mereka seterusnya ingin mengubah diri ke arah yang lebih baik lagi.

LTAT

Satu program kesedaran perlunya hidup bertuhan telah dijalankan di Kem Mega Crystal, Kuala Selangor pada 27 dan 28 Mac 2010. Program anjuran Akademi Zakat Selangor ini mendapat sambutan baik daripada ketua keluarga golongan Asnaf sekitar Daerah Klang. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini disertai oleh 64 orang terdiri daripada 44 buah keluarga. Peserta disambut dan dirai kehadiran mereka semasa ketibaan di kem latihan. Taklimat berkenaan perjalanan kursus dan kawasan penginapan disampaikan kepada peserta. Terdapat 2 kategori pendidikan latihan diberikan sepanjang latihan. Pertama , Aktiviti Indoor yang berlaku di dalam dewan dan surau membabitkan ceramah, soal jawab, serta aktiviti perbincangan dan penyelesaian masalah secara berkumpulan. Kedua aktiviti outdoor, pembelajaran di luar dewan, peserta melalui satu sesi permainan menarik dimana setiap kumpulan perlu memastikan mereka dapat mengumpul keputusan yang terbaik. Kupasan dan olahan permainan diterjemahkan mengikut nilai kehidupan sebenar.Di penghujung program, timbul perasaan terharu dari peserta apabila membuat luahan rasa menyatakan ingin berusaha bersungguh-sungguh untuk keluar dari kepompong asnaf dan bertukar menjadi golongan penyumbang zakat.

 
Interaktif

01 Artikel Pilihan

02 Berita Terkini

03 Karya Kreatif

04 Buku Pilihan

 
Buku Pilihan

01 Modul Utama

02 Modul Sokongan

03 Modul Khas

 
Hubungi Kami
 
 

Modul Latihan

Modul Utama15Modul Sokongan15Modul Khas

 

Info Korporat | Fasilitator | Modul Latihan | Khidmat Kami | Pelanggan Kami | Hubungi Kami